Jumaat, 21 Ogos 2015

Menanti Detik Perpisahan

Hari ni, Jumaat yang penuh barakah datang lagi.. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberikan nafas untuk terus hidup.. seketika aku merenung anak2 CIC yang dah kroh kroh tidur diulit mimpi.. Honestly, sangat berat hati nak tinggalkan young laeders ni utk kali kedua.. feeling yang sama jugak aku rasa mase nak berhenti bln 7 last year..

Children Islamic Center.. Tadika yang beroperasi dibawah syarikat Proquaz sdn.bhd.. serius.. memg xpernah tahu punn pasal kewujudan cic sebelum ni.. macam mana blh sangkut kat sini ?? hmm.. waktu tu sepupu yang kerja kat sini.. then lepas aku dah tamat pengajian di peringkat stpm, dialah yang beria ajak aku datang kerja kat sini.. kebetulan plk masa tu memg kat sini tak cukup tcer.. memandangkan waktu tu aku memg berkira2 utk cari kerja (maklumlahhh..cuti panjang..8 bulan kot cuti sblm dapat smbung dgree), so, tak salah kalu aku cari pengalaman sendiri walaupun sebelum ni xpernah berjauhan dgn family.. Ingat lagi tarikh keramat 14 januari 2014, hari pertama aku di CIC Taman Desa.. :) First day dah jumpa dgn mcm2 ragam students.. ade yang mengamuk, menangis, menjerit nak mama..tak nak datang sklah..siap tendang2 pintu lagi..haha..yang hepi tu hepi sangat..masuk je letak beg trus main.. yang tak tahan ade yang siap bwk bantal peluk..besar plk tuu.. masuk sklh, duduk bawah meja,, tidoo... yang ni lagi terbaikk... bhahaha.. but that, normal laa.. diorang masih lagi dlam proses pembesaran..

Bulan berganti bulan.. tak sedar setiap detik yang berlalu begitu pantas meninggalkan kita.. tiba masanya untuk aku mengundurkan diri dengan membawa seribu kenangan yang tercipta di sini demi mengejar cita2 dan impian.. setahun di universiti, hanya gambar sahaja yang menjadi tatapan dikala diri ini rindu dengan gelak tawa anak2 ini..

Namun, siapa sangka.. aturan Allah itu lebih indah dari apa yang kita jangkakan.. tamat setahun pengajian, (tinggal lagi 2 tahun stngah) bermulalah cuti semester.. 3 bulan bebb.. sebab tak nak mereput je kat rumah, aku try hantar resume untuk mohon kerja sementara di cic.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku kembali ke sini lagi untuk kali yang kedua.. (",)~ students masih sama, cuma ada sedikit penambahan muka2 baru.. and ade jgk 2 3 students yang dah tukar pergi tadika lain.. its okey.. yang pentingg, mereka masih lagi kenal dgn tcer yang cute miut ni =p 

Suasana di cic masih sama.. xbyak yg beza.. dalam masa hampir tiga bulan ni, aku cuba untuk manfaatkan diri aku kat sini sebaik mungkin.. mengajar dan menjaga budak tadika bukanlah satu kerja yang mudah.. kami jaga diorang kat sini dari awal pagi sampai lewat petang.. masak utk diorang, bagi makan, mandikan diorang lagi.. pagi msuk kls.. mengajar mcm tadika yang lain, tgh hari diorang tidur then ptg just buat aktiviti santai sementara tunggu parents diorang datang pick up.. macam tu lah hari hari.. sometimes terpaksa hadap dengan kerenah students yang mengalahkan drakula.. nakal, degil.. xdgar ckap.. xtaw bila nak behave.. haha.. tapi itulah experience.. mane nak dapat kalu kita tak cari.. right ??? :)

Tapi aku tak boleh selamanya berada disini.. Unisza dah melambai lambai jauh nun di Terengganu sane.. Hanya berbaki lagi semiggu untuk aku habiskan masa bersama young leaders di cic Taman Desa.. SEDIH.. tapi itulah lumrah hidup.. setiap permulaan mesti ada pengakhirannya..dan setiap pertemuan sudah pasti akan ada perpisahan.. hopefully akan ada lagi pertemuan pada masa akan datang.. personally memg banyak perkara aku belajar kat sini.. semoga dapat dijadikan teladan untuk diri sendiri.. last one, terima kasih Tuhan kerana meminjamkan mereka kepadaku walaupun hanya untuk seketika.. Doa teacher sentiasa mengiringi anak anak cic.. InshaaAllah, suatu hari nanti anak2 ini akan bangkit menegakkan dunia baru Islam.. Ameen..

wallahu'alam.. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan